Tuesday, 16 August 2011

Cesc Fabregas Sah ke Barcalona





      Aku adalah antara jutaan daripada peminat Barcalona sangat gembira apabila bintang sensasi Arsenal, Cesc Fabrages akhirnya ke pangkuan kelab lamanya Barcalona. Setelah 8 tahun Fabrages berkelana di Arsenal hanya kejuaraan Piala FA sahaja yang sempat dikecapinya. Andailah 8 tahun beliau bermain untuk Barcalona aku yakin sudah pasti banyak kejuaraan dapat digenggam oleh Fabregas. 



  macam anak dengan bapak je diorang ni kan



      Bagi Arsenal Wanger pula, beliau mengakui rugi berjuta-juta dan kehilangan pemain paling bernilai dalam pasukannya tetapi demi merealisasikan impian Fabregas, beliau melepaskannya kepada Barcalona. "Jika saya gilakan wang, saya boleh menjualnya kepada Chelsea,Real Madrid atau Chelsea. Namun ini kemahuannya, kembali ke Barcelona adalah hal yang indah buat dirinya. Hasrat kami semamangnya ingin mengekalkan Cesc. Namun Keinginannya berhijrah ke Barcelona sangat kuat. Saya tidak mampu menghalangnya. Dan saya mengucapkan terima kasih diatas jasanya kepada kelab ini selama 8 tahun. Semoga dia berjaya di Barcelona" Kata Wenger.

      Fabregas semasa kecil bersama pasukan Barcalona.
       Korang boleh teka tak mana satu Fabregas?


     Dengan kehadiran Fabregas sudah pastilah akan menjanjikan persaingan sihat dalam pasukan Barcalona terutama di bahagian tengah yang merupakan kunci kekuatan Barcalona.


p/s:  conform ke Samir Nasri nak berhijrah jugak?? 
    

    

No comments:

Post a Comment