Wednesday, 17 August 2011

Makan Sosej Sama Bahaya dengan Hisap Rokok






     Aku sarankan kepada kerajaan supaya menaikkan harga sosej, meletakkan tanda amaran kerajaan dan meletak gambar-gambar menakutkan kat pembungkasan sosej sama seperti rokok. Ini kerana menurut satu kajian di Amerika yang mengatakan bahawa bahaya sosej adalah bersamaan dengan sebatang rokok!! (aku makan tak pulak rasa ketagih). Dah lame aku tak makan sosej ni sejak-sejak banyak berita yang mengatakan sosej mempunyai DNA babi yang di pasarkan di negara ini.  Korang tak rasa takut ke dah la boleh penyakit lepas tu makan b**i tanpa sedar pulak. Dasyat tu kan??




                                     


     Menurut kajian lain yang dilakukan oleh Dana Penelitian Dunia pula mengatakan bahawa 50 gram sosej yang dimakan setiap hari dapat meningkat risiko penyakit kanser usus sehingga 20%. Daging sosej juga mengandungi kolesterol dan sodium yang tinggi (bahan wajib untuk memastikan keenakan sosej)
     







     Selain itu, sosej juga mempunyai bahan pengawet  mengandungi Mononatrium/Monosadium Glutamat (MSG) yang menjadikannya tahan lama. MSG ini memastikan sosej seolah-olah mempunyai perasa, meskipun ia tidak menggunakan sebarang bahan tambahan yang lain. Dan ia sangat bahaya jika diambil berlebihan (lebih 6 mg gram per hari) kerana boleh menyebabkan penyakit jantung. Pembunuh no 1 di Malaysia!! 

     Sangat bahaya kan sosej yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ni. Dah la status halanya diragui pastu dapat penyakit pulak. Bagi aku ibu bapa perlu mengawal anak-anak diorang ni sebab impaknya mungkin tak nampak sehari dua tapi bila dah besar nanti baru la penyakit tu tunjuk taring.
Wasslalam...
      
     



p/s: Katakan TIDAK pada sosej anda mampu mengubahnya!!


7 comments:

  1. tak nak mkn!!!!!!!!!!! tp skali skala tak pe kn?

    ReplyDelete
  2. boleh jee... tp rokok sekali sekala blh jgak ke??

    ReplyDelete
  3. baru tahu sosej ni bahaya macam rokok...kalau nak makan sosej kene pikir 2 3 kali ni...

    ReplyDelete
  4. tau x pe... bkn 2 3 kali tp 14 kali... huhuu

    ReplyDelete
  5. tahu! kes d kangar cntohnya~ yg latest.
    ni mgsa ni~ adehh!

    ReplyDelete
  6. ala , tak leh makan dah ke ? sedihnyaaaaaaaaaa! huk huk huk :(

    ReplyDelete