Sunday, 14 August 2011

Mampukah Lee Chong Wei Mencipta Sejarah Hari Ini?


  



           Lewat petang ini atau lebih tepat lagi pada pukul 7.00 malam, di kala umat Islam di negara ini sibuk menyiapkan juadah untuk berbuka, di London ada misi penting bagi Datuk Lee Chong Wei, apabila beliau akan bertemu musuh ketatnya Lin Dan dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011. Semalam, Lee Chong Wei dalam kelas tersendirinya dengan mudah mengalahkan juara bertahan Chen Jin dari China dengan straight set 21-13, 21-9. Manakala Lin Dan pula terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan Peter gade dari Dennmark 22-24, 21-7, 21-15. Walaupun kita mempunyai sederet bintang pada masa lalu tetapi untuk kejohanan besar seperti Sukan Olimpik dan Kejohanan Badminton Dunia, Malaysia tidak pernah menjuarainya. Justeru, rakyat Malaysia amat berharap Lee Chong Wei dapat menembus kehampaan pada Sukan Olimpik Beijing yang lalu dengan menumbangkan Lin Dan di bumi London. Namun, harus kita ingat walaupun Lee Chong Wei menduduki rangking pertama dunia, tetapi dalam kejohanan besar seperti ini Lee Chong Wei sering dikecewakan oleh Lin Dan.





  





 VS


    Peminat badminton dunia pasti mengharapkan perlawanan sengit di antara kedua-dua bintang ini. Bagi rakyat Malaysia pula harapan di letak di bahu Lee Chong Wei untuk merangkul kejuaraan dunia buat pertama kalinya dalam sejarah.


No comments:

Post a Comment