Monday, 15 August 2011

Penting sangat ke followers tu??


      Assalamualaikum dan salam 1bloggers. Semalam aku ada jengok-jengok kat blog-blog yang boleh aku gelarkannya sebagai "otai". Dari perkataan ke perkataan, dari ayat ke ayat, dari perenggan ke perenggan aku baca. Tiba-tiba..ting...!! idea datang untuk aku menulis entri ini; korang rasa penting tak followers nie? Blogger baru macam aku (2 minggu baru) memang akui followers nie sangat penting. Yela sapa tak suka kalau ada orang follow kita kan, tengok followers yang semakin bertambah bertambah riang la kita hari tu.








     Sejak aku join group blogger area kat facebook ni memang aku akui followers aku meningkat dengan mendadak. Setiap entri baru aku akan postkan kat group tu. "U follow me, i follow u back" menjadi ayat wajib setiap kali aku postkan. Dengan itu bertambah followers aku. Macam tu la cara aku hendak mencapai followers yang banyak. Tapi followers yang banyak pun boleh jamin ke diorang baca setiap entri kita tu?? Aku rasa tidak! Sebab aku sendiri pun jarang baca blog yang aku follow tu lain la kalau blog yang dah ada nama, yang dah femes macam Ben Ashaari. Apatah lagi blogger baru macam aku ni dengan entri yang entah apa-apa, ditambah dengan loyout yang hodoh, diburukkan lagi dengan widget yang bersepah untuk memiliki readers yang setia merupakan sesuatu yang sangat mustahil...



                                                        


    Persoalan sama ada followers itu penting atau tidak terpulang kepada pendirian dan pandangan masing-masing. Dan aku sebagai seorang blogger baru ni mungkin mengalami dwi pendirian sama ada aku setuju atau pun tidak.  Wassalam...




8 comments:

  1. kbanyakan org tu bila follow, dia baca blog masa dia follow tu je(tmasuk la sy). kecuali la kalau betul2 minat. kalau sy suka blog tu sy letak kt bloglist. senang nk tau bila ada entri baru. kalau post kat blogger area tu pun sy baca tp bgantung pd tajuk mcm entri awk ni. eh eh jadi esei lak. haha.

    ReplyDelete
  2. Rozeeta: yup.. 2 sy stuju. nk dptkn readers yg stia mmg ssh tmbh2 lg bloger bru mcm sy nie..

    ReplyDelete
  3. penting gak followers..tp ikot kite...blogging for fun lg best dr cari followers yg xkompom fun...heheh

    ReplyDelete
  4. tp followers byk pn blum tentu trafik kita nek kan.....

    ReplyDelete
  5. ha'ah bergantung lah ada kata followers tu penting ada kata tak.. yep, followers ramai tak semestinya diorang pembaca or pengkomen setia :D nak carik yang setia tu payah :) keep up blogging :)

    ReplyDelete
  6. Queen F: stuju sgt2.. tmbah2 newbie mcm sy nie byk lg yg kene bljar..

    ReplyDelete