Thursday, 11 August 2011

Budak Zaman Sekarang VS Budak Zaman Dahulu


Assalamualaikum....
Hari ini aku kupas satu topik yang tak lah berat
sangat tapi sekadar
renungan kita bersama. Aku rasa budak zaman sekarang
memang beruntung sangat sebab
diorang sudah didedahkan dengan 
teknologi yang canggih. 
Bermula dengan bermain video  game, handset, budaya sms,
dan sekarang ini tidak lain tidak bukan 
adalah facebook yang kita duk hadap hari-hari ini.
Boleh dikatakan budak zaman sekarang banyak menghabiskan masa
di depan tv mahupun komputer 
daripada bersosial dengan kawan-kawan.


ihsan daripada Cik Google

Tapi bagi aku  budak-budak zaman dulu 
lagi untung sebab mereka ini betul-betul
menikmati zaman kanak-kanak.
Mereka time tu banyak menghabiskan masa
dengan kawan-kawan dan ia amat bersesuaian
dengan fitrah kanak-kanak yang suka bermain.
Zaman kini,ibu bapa suka mengurung
anak-anak mereka di rumah kononnya 
khuatir diculik (yela zaman sekarang nie main depan rumah pun boleh diculik) 


ada lagi ke suasana macam ni sekarang?? 

Sebab tu la budak zaman dahulu kurang kene
penyakit, mereka sentiasa aktif bermain.
Budak zaman sekarang, tengok la sendiri isu obses
dikalangan kanak-kanak menjadi masalah negara!!
Tak pasal-pasal nasi lemak disekolah jadi
mangsa (nasi lemak  makanan favourite gua tu!!). 
Zaman dulu budak-budak makan nasi lemak banyak lagi tu tak ade
la plak nak kecoh-kecoh pasal obses nie. Yelaa aku mengakui nasi lemak
memang salah satu faktor, tapi faktor-faktor lain jangan diabaikan juga. 
Lagi pun budak-budak sekarang ni makan main rembat jee... 
ermmm aku rasa setakat nie ke lah kot untuk kali ini (panjang2 pun kalau byk mgarut buat ape). 
Entri akan datang aku akan story pasal  permainan zaman kanak-kanak aku dulu.. 
Wassalam....

No comments:

Post a Comment