Sunday, 14 August 2011

Tewas Bukan Bermakna Gagal, Teruskan Lagi Datuk...








     Malaysia terus hampa lagi, setelah Datuk Lee Chong Wei ditundukkan oleh musuh tradisinya Lin Dan dalam pertarungan sengit tiga set, 22-20, 14-21, 21-23. Walau bagaimanapun, sekalung pujian harus dilemparkan kepada jaguh negara itu yang menunjukkan permainan yang sangguh mantap. Kekalahan Chong Wei sebenarnya di set kedua apabila beliau mudah dijinakkan oleh Lin Dan. Pada set ketiga peminat badminton di seluruh dunia disajikan dengan permainan yang sangat menarik oleh kedua-kedua jaguh tersebut. Akhirnya, kita terpaksa menunggu lagi pada tahun 2013, namun satu persoalan yang pasti meresahkan peminat badminton tanah air adalah ketiadaan pemain pelapis yang hampir setanding dengan Chong Wei.

        Tahun hadapan yakni tahun 2012, London sekali lagi menjadi saksi betapa kita akan terus lagi menaruh harapan tinggi kepada Chong Wei kerana beliau adalah satu-satunya prospek emas Olimpik untuk negara. Harapan saya ialah semoga Datuk terus cemerlang lagi untuk masa-masa hadapan, lupakan kekalahan malam ini jadikan ia sebagai pengajaran yang berguna. Wassalam......

No comments:

Post a Comment